Sunday, June 5, 2011

Setelah sekian lama..



Salam untuk semua..setelah setahun Rejab datang lagi.Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nyawa padaku dan muslim yang ada....Alhamdulillah, masih sihat. Sebenarnya, hari nie adalah hari ke 33 saya berpantang anak ke 3..Anak ke 3 ni dinamakan MUHAMMAD AQHAR (sebut dgn qalqalah yer) bermaksud yang gagah...Semoga anak mama menjadi seorang anak muda yang gagah mempertahankan maruah diri, agama Islam dan bangsa...Masih teringat lagi kisah di wad ibu mengandung di HSI, wad 4B...Wad ini biasanya untuk menempatkan ibu ibu mengandung yang sedang menunggu rawatan @ giliran utuk pembedahan ceaserean @ terpaksa di tahan wad atas sebab kedudukan rahim di bawah @ kencing manis @ darah tinggi dan lain lain kes.

Alhamdulillah saya ditempatkan di wad ini kerana akan menjalani pembedahan ceaserean kali yang ketiga. Mungkin ini dugaan dari Nya. Tapi syukurlah, bukan sebab penyakit lain lain...sebab nak dapat nikmat anak yang bakal lahir nanti..Semoga diberkati.

Saya ditempatkan di bilik itu bersama 2 orang ibu tionghua dan seorang ibu melayu dan saya lah. Satu bilik hanya 4 orang , memang selesa lah.Alhamdulillah..Waktu daftar masuk pada haritu adalah pukul 1 petang..alamak dah terlepas waktu makan tengah hari..huhu..takper lah Darling saya beli makanan untuk saya..Maka berehat lah saya di wad untuk menanti giliran pembedahan. Darling saya pergi solat , then saya mengemas apa yang patut, then saya pun solat lah.Pukul 2 ptg , habis waktu melawat suami pun balik untuk menguruskan anak anak di rumah pula..kesian pula...tapi nak buat macamana dah menjadi tanggungjwab dan amanah masing masing sebagai suami - isteri.

2 comments:

  1. Smoga cikgu terus d berikan kkuatan dlm mguruskan tanggungjwab sbagai guru & IBU...pngorbanan cikgu x kan d sia-sia kan-Nya

    ReplyDelete
  2. thanks sidique...semoga KITA semua diberkati.InsyaAllah.

    ReplyDelete