Tuesday, June 28, 2011

Berpuasa Banyak hikmahnya..Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Secara fitrahnya manusia memerlukan kepada puasa
“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit, kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.” (Dr. Mac Fedan – Ahli Perubatan Antarabangsa)
Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelas kepada kita bahawa secara fitrahnya manusia sangat memerlukan suatu jangka masa untuk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.
Ramadhan yang panas terik

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Wednesday, June 8, 2011

Determination


Having a role model in life is a great thing to have; 
one who provides us with direction and inspiration. 
However, we will forever be restricted by that person's 
limitations if we live within their boundaries. 
Be influenced, 
but set your own standards and develop your own principals, 
if you are ever to live beyond someone else's dreams.


We are reminded how short life really is, and how we are 
just passing through. So, all the people you haven't told you
love lately, tell them, and live your days like you mean it.


The power of one man or one woman doing the right thing 
for the right reason, and at the right time, is the greatest 
influence in our society.


Don't only help yourself in life, but try to help those truly
in need, because you'll never know when you'll need the 
same support.

Monday, June 6, 2011

Penyelidikan Fizik Teori di Malaysia | Bahagian 1


Bahagian 1

Fizik Teori ialah salah satu cabang bidang fizik yang menggunakan model matematik dan keabstrakan konsep fizik dalam memperihalkan fenomena tabii. Ini bermaksud ia menggunakan matematik fizik seperti aljabar dan kalkulus sebagai peralatan untuk mengkaji fenomena asas alam tabii tanpa mencabuli sebarang konsep dan hukum fizik yang telah dipatuhi. Penyelidikan fizik teori hanya menjurus kepada konsep asas pembinaan fizik tersebut dengan hanya menggunakan peralatan pen dan kertas serta papan putih untuk melihat gambaran abstrak fizik yang lebih besar. Ianya tidaklah seperti kajian fizik eksperimen yang memerlukan peralatan dan instrumentasi yang sangat tinggi kosnya. Antara bidang penyelidikan dalam fizik teori secara amnya adalah seperti fizik kuantum, kuantum informatif, fizik zarah, fizik tenaga tinggi, teori medan kuantum, mekanik kuantum, masalah jasad banyak (kimia kuantum), kekalutan dan pencacai, teori kenisbian am, kosmologi dan fizik kondensasi.

Sunday, June 5, 2011

SEMAKAN TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA PENDIDIKAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) AMBILAN TAHUN 2011


Salam kepada guru guru yang memohon HLP/ CBBP TB 2011 boleh lah semak..Tahniah andai berjaya...Cuba lagi andai tidak diberi peluang pada tahun ini....:)
Sila klik link ini http://apps.moe.gov.my/ehlp/scbbptb/

GURU CUTI BELAJAR PROGRAM PENGAJIAN SARJANA, PHD MOHON BIASISWA


Nak tahu penjelasan nya..klik link di bawah ni :)
http://www.moe.gov.my/index.php?id=168&aid=1921

MOMENTUS: Setelah sekian lama..


MOMENTUS: Setelah sekian lama..: "Salam untuk semua..setelah setahun Rejab datang lagi.Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nyawa padaku dan muslim yang ada....Alhamdulilla..."