Thursday, September 16, 2010

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri untuk semua.Alhamdulillah masih dilanjutkan usia untuk bertemu dengan Syawal 1431H. Kali ini beraya di Adela bertiga maklumlah dah ada 2 hero. Alhamdulillah semuanya dikecapi dengan kesederhanaan. Kami memakai baju raya warna kuning.Saja je nak cuba warna kuning, macam sesuai je dengan anak anak..mama & babah tak kisah pun warna apa..Yang penting anak anak gembira. Sanak saudara, sepupu sepapat, jiran tetangga semua gembira. Apatah lagi mak, ye lah...raya lah baru meriah rumah mak, kalau tidak sunyi jer.
Tahun ni raya , pelajar yang nak periksa UPSR, PMR, SPM & STPM mesti kecut kecut perut. ye lah peperiksaan tu semakin hampir. Harap cuti panjang kali ni tak lah digunakan untuk beraya semata mata. Mesti lah buat ulangkaji untuk peperiksaan. Ish ish..cikgu cikgu pasti risau. Cikgu sentiasa mendoakan anak anak pelajar nya terus giat berusaha. Semoga Allah s.w.t akan kuatkan semangat mereka untuk terus berjuang.InsyaAllah.

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan....Bertemu lagi...


Syukur alhamdulillah....semoga bertemu lagi dengan Ramadhan bulan yang mulia dan penuh keberkatan..Ini lah masanya untuk kita menambah dan memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan lalu.Kalau sebelum nie susah nak puasa bila tiba ramadhan kita kena puasa jugak kan...harap harap nya selepas ramadhan boleh lah teruskan dengan puasa sunat di bulan Syawal lak...dan puasa puasa sunat seterusnya...Azam ramadhan ni nak fokus pada lonjakan saujana para pelajar dengan HARI FIZIK SAKTI...dan juga lonjakan saujana untuk keluarga..nak solat terawikh..tahun ni kena lah buat kat rumah jer( sambil jaga anak la) ...azam nak konsisten baca al Quran..mudah mudahan boleh habiskan 30 juzuk..insyaAllah...Semoga dipermudahkan...Harapan juga untuk kurang berbelanja...Selamat berpuasa dengan segala nikmat nyer.

Thursday, July 15, 2010

Retest



Assalammualaikum...salam sejahtera. Semoga pembaca semua di bawah lindungan Allah..Retest atau ujian semula. Ujian ini adalah utk subjek fizik dan utk pelajar yang mendapat markah bawah 50 markah..Sayang sekali 42 orang yang perlu mengambil ujian semula...Soalan diber adalah soalan kertas 3.Jumlah markah adalah 40 markah.Setelah siap ditanda,hanya 8 orang pelajar yang berjaya mendapat markah 30 dan ke atas..Sekali lagi insan yang bergelar cikgu ni diuji...ini lah retest utk seorang cikgu dari pelajar atau anak murid..

Ilmu itu milik Allah, segala yang diajar pada anak murid adalah pinjam pinjaman..ilmu yang diperoleh oleh anak murid juga pinjam pinjaman. Syukur Alhamdulillah...dipanjatkan kepada Ilahi.semua ini adalah ujian bagi kita,cikgu, anak murid, pelajar, ibu, bapa, pengetua malahan siapa sahaja.Ujian diturunkan kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja mengikut percaturan-Nya.

Sabar adalah satu jalan yang terbaik menghadapi ujian itu.Berusahalah agar kesbaran kita sentiasa mekar dan segala usaha yang dibuat diberkatiNya..Baru lah manis suatu kejayan itu benar benar terasa manisnya.:)

Alhamdulillah, walau 8 orang berjaya melepasi tahap 30 markah...yang lain (36 orang) memerlukan usaha cikgu dan pelajar dengan lebih sabar dan gigih lagi.Jangan berputus asa...Teruskan usaha.SAKTI menerajui.2009 mencipta rekod, InsyaAllah 2010 memecahkan rekod.

Sunday, July 4, 2010

Tak kenal maka tiada perkenalan....


Assalammualaikum...setelah sekian lama menyimpan angan angan...nak buat blog sendiri...huhu...kerana anak muridku nizam tunjuk blog nyer...makin kuat semangat nak buat blog nie...harap harap dan moga moga...ia nyer terus kekal dan update..InsyaAllah...